Polis pantau kegiatan ah long dekati mangsa banjir
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima maklumat mengenai beberapa individu dipercayai ahli sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long mula mendekati mangsa banjir bagi menawarkan pinjaman.
Pengarah JSJK Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din berkata walaupun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu, namun polis tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut menyasarkan mangsa banjir untuk menjadi peminjam.
"Semua mangsa banjir dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada sindiket pemberi pinjaman tanpa lesen ini.
"Polis sentiasa komited untuk memantau kegiatan ah long melalui siasatan dan operasi berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarudin berkata siasatan berhubung perkara ini boleh dijalankan mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 Kanun Keseksaan dan lain-lain akta berkaitan.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai