Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Amaran hujan berterusan di utara Semenanjung

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak, yang berkuat kuasa sehingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah menerusi kenyataan di Facebook berkata ia susulan lekukan Tropika yang dicerap di perairan Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.

"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri utara Semenanjung yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah," katanya.

- Bernama