Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Palang Merah S'pura ikrar bantuan AS$100,000 pada Malaysia, Filipina

Palang Merah Singapura (SRC) berikrar untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$50,000 setiap satu kepada Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina, susulan bencana alam yang melanda kedua-dua negara.

“Bencana ini sekali lagi memperlihatkam perlunya bagi komuniti global untuk bersama-sama menangani punca perubahan iklim dan kemusnahan alam sekitar,” kata setiausaha agung dan ketua pegawai eksekutif SRC, Benjamin William dalam kenyataan hari ini.

William berkata SRC menyokong usaha menyelamat dan bantuan yang sedang dilaksana sama ada di Malaysia mahupun Filipina.

“Di Malaysia, lebih 21,000 orang hilang tempat tinggal akibat banjir manakala di Filipina jumlah korban disebabkan taufan Rai sudah melebihi 200 orang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, SRC turut melancarkan tabung bantuan dan dana yang dikumpul akan disalurkan bagi membantu usaha pemulihan terhadap komuniti yang terjejas.

Maklumat lanjut mengenai tabung bantuan boleh didapati di redcross.sg

SRC turut mengaktifkan perkhidmatan ‘Restoring Family Links’ (RFL) dan mereka yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh menghubungi SRC di [email protected].

-Bernama