Lillahi taala, saya tak guna helikopter k'jaan - Menantu Ismail Sabri
Pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie (gambar, judul) yang juga menantu kepada Ismail Sabri Yaakob berkata dirinya difitnah menaiki helikopter milik kerajaan untuk menyelamatkan diri akibat terkandas banjir.
"Saya tak guna aset kerajaan. Lillahi taala, tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.
"Kamu semua nak maki hamun saya silakan, tapi itu semua fitnah. Kenapa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai?
"Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turun-turunkan bantuan atau naikkan mangsa," katanya pada hantaran di Instagram.
Ini susulan tuduhan di media sosial yang mendakwa Jovian mendapat akses bantuan mudah kerana status hubungan peribadinya sebagai ahli keluarga perdana menteri.
Menurut Jovian, isu helikopter itu tidak perlu dipanjangkan lagi.
"Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video serta bergambar sakan.
"Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu," katanya lagi.
Jelas Jovian, dia bukan mahu menunjuk-nunjuk memberikan bantuan susulan isu tular tersebut, sebaliknya dia memang suka membantu orang dalam kesusahan, termasuk sumbangan PPE, pelitup muka untuk Palestin, kempen bendera putih.
"Saya bantu ikhlas kali ini," katanya lagi.
Jovian juga menasihatkan pihak yang tidak senang dengan dirinya supaya tidak mengikuti perkembangannya di media sosial dan membantu negara yang sedang dilanda musibah.
"Tolonglah buat perkara yang lebih baik lagi untuk negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul mengenai saya.
"Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk membantu rakyat di luar sana.
"Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya," jelasnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai