Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

MB: Lebih banyak bot selamatkan mangsa banjir Sri Muda, Bukit Kemuning

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata lebih banyak bot akan digunakan untuk membawa keluar dan memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Bukit Kemuning dan Sri Muda, di Shah Alam malam tadi.

“Proses penyelamat akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam.

"Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir.

“Saya difahamkan jumlah anggota tentera turut ditambah untuk membantu usaha ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.


BACA BERKAITAN: Ramai terperangkap di Sri Muda masih belum terima bantuan


Menurut Amirudin beliau turut berada di SK Taman Sri Muda selama empat jam siang tadi bagi membantu operasi memindahkan mangsa yang terkandas antaranya, sebuah keluarga yang mempunyai bayi yang baru lahir dan warga emas.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar kawasan tersebut mendapati keadaan sekeliling masih bergelap susulan ketiadaan bekalan elektrik selain hubungan telekomunikasi terputus ekoran banjir yang melanda.

- Bernama