Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

33 lagi kematian, jumlah korban kini 30,989

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 33 kematian baru akibat Covid-19 semalam (15 Dis), menjadikan jumlah kematian adalah sebanyak 30,989 orang.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 939 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Daripada jumlah kematian baru, 12.1 peratus atau empat orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Terengganu mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes atau 21.2 peratus daripada kes kematian baru yang dilaporkan.

Ini diikuti Kelantan (5), Selangor (5), Perak (4), Kuala Lumpur (4), Johor (3), Kedah (3) dan Pahang (2).

Tiada kematian baru dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 27 daripada 33 kematian yang dilaporkan atau 81.8 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 42 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 35 kematian dalam tempoh tujuh hari, menunjukkan trend penurunan.

Setakat ini, sebanyak 675 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, sebanyak 56,989 kes aktif Covid-19 telah dikesan. Ini adalah pengurangan sebanyak 6.4 peratus daripada 60,878 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding tempoh 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 13.6 peratus daripada 65,958 kes.

Kementerian Kesihatan tengah malam tadi mengeluarkan butiran lanjut mengenai kes baru Covid-19 semalam.

Daripada 3,900 kes baru semalam, sebanyak 137 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 62 (45.3 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 49 (35.8 peratus) adalah daripada institusi pendidikan.

Baki kes dikesan daripada kluster berkaitan kumpulan berisiko tinggi seperti pusat jagaan warga emas (17 - 12.4 peratus), jangkitan komuniti (8 - 5.8 peratus) dan pusat tahanan (1 - 0.7 peratus).