Shafie: Nama saja Keluarga Malaysia, sebenarnya 'keluarga Umno'
Bagi Presiden Warisan Shafie Apdal, tindakan-tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri lebih mencerminkan “Keluarga Umno”, bukannya “Keluarga Malaysia”.
Shafie berkata, walaupun dengan mesej keterangkuman yang dilaungkan Ismail, parti politik yang tidak menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan masih dinafikan dana untuk kawasan mereka.
“Pada laungan kita Keluarga Malaysia, tapi kalau tidak tandatangani MOU tak ada peruntukan kepada rakyat yang diwakili (parti yang tidak memeterai MOU).
“Sebenarnya Keluarga Umno, nama saja Keluarga Malaysia,” katanya dalam perhimpunan agung Warisan di Kota Kinabalu, hari ini.
Shafie juga mengkritik keputusan PH yang tidak menggesa Ismail membuktikan majoritinya di Dewan Rakyat.
“Tapi tidak pernah bawa (ke Parlimen). Sebab Apa? Sebab sudah tandatangani MOU,” katanya lagi.
Antara persetujuan yang dicapai PH dan kerajaan menerusi MOU itu adalah ahli parlimen PH tidak akan menghalang agenda perundangan utama kerajaan. Sebagai pertukaran, pembaharuan yang dicadang PH akan dilaksanakan dan mereka juga mendapat dana yang sama rata.
Kuasa tak seimbang
Shafie juga membangkitkan apa yang menurutnya ketidakseimbangan kuasa antara Semenanjung dan Malaysia Timur.
Menurutnya, walaupun Singapura keluar persekutuan Malaysia pada 1965, kerusi Parlimennya tidak disusun semula secara sama rata, menyebabkan kerusi Parlimen lebih banyak di Semenanjung.
“Kinabatangan di Sabah lebih besar daripada Pahang. Bayangkan satu kerusi sebesar negeri Pahang yang ada 14 kerusi Parlimen,” katanya lagi.
Katanya lagi, pantai timur Sabah juga berdepan masalah kegiatan lanun namun lebih banyak aset tentera tertumpu di Langkawi di Kedah.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai