Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
3,490 kes baru, paling rendah dalam 222 hari
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,490 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,691,639.
Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 222 hari, sejak 4 Mei.
Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 7.3 peratus berbanding tempoh tujuh hari sebelumnya.
Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan ke hospital bagi pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan telah meningkat (+24.4 peratus).
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 11) di mana 4,626 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
- Selangor (1,227)
- Johor (480)
- Kelantan (386)
- Kuala Lumpur (349)
- Pulau Pinang (345)
- Pahang (326)
- Kedah (308)
- Sabah (287)
- Perak (207)
- Melaka (202)
- Terengganu (180)
- Negeri Sembilan (161)
- Sarawak (74)
- Perlis (39)
- Putrajaya (29)
- Labuan (26)
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai