Korban puting beliung di Kentucky, AS mungkin cecah 100 nyawa
GLOBAL | Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut sehingga 100 nyawa, kata gabenor negeri itu, Andy Beshear.
Beliau berkata kawasan itu seperti sudah "hancur, menyaksikan Mayfield antara bandar paling teruk terjejas."
Bencana itu turut menyebabkan bumbung sebuah kilang lilin roboh mengakibatkan banyak kematian, katanya lapor Anadolu.
Terdahulu, beliau berkata sekurang-kurangnya 50 orang dipercayai maut akibat puting beliung itu.
Sementara itu, Beshear mengisytiharkan darurat dan meminta Presiden untuk mengumumkan darurat persekutuan dengan segera.
Menurut gabenor, seramai 181 pengawal negara telah dikerahkan ke zon terjejas untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat serta kerja-kerja pembersihan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai