Dewan Perhimpunan Cina tawar subsidi tiket penerbangan ke Sarawak
PRN SARAWAK | Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) menawarkan subsidi tiket penerbangan sebanyak RM200 kepada pengundi yang ingin pulang ke Sarawak bagi mengundi pada pilihan raya negeri berkenaan.
"Kami dengan ini menggesa pengundi Sarawak untuk merebut peluang subsidi tiket penerbangan dan pulang ke kampung halaman untuk mengundi," katanya dalam satu kenyataan.
Ia berkata pemohon yang berminat boleh mengemukakan nombor MyKad mereka, butiran bank dan membuktikan tiket penerbangan pergi balik ke Sarawak di sini.
Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada 18 Dis. Terdapat sebilangan besar masyarakat Sarawak yang bekerja di Semenanjung.
Kos penerbangan untuk pulang ke Sarawak, terutamanya semasa tempoh pilihan raya, merupakan keluhan biasa bagi pengundi.
Harga tiket menjadi lebih mahal kerana bilangan penerbangan yang terhad akibat pandemik Covid-19.
Pengguna mengadu tiket penerbangan mencecah sehingga RM3,000.
Kerajaan sebelum ini meminta kerajaan Sarawak membenarkan lebih banyak penerbangan bagi mengurangkan harga tiket pesawat.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai