Rakyat diperhambakan SOP dua darjat - Adun
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jalong, Perak Loh Sze Yee menyifatkan rakyat “diperhambakan” standard operasi piawai (SOP) Covid-19 yang didakwa diamalkan secara dua darjat.
Dia membangkitkan perkara itu susulan penganjuran sambutan 100 hari aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dilihat tidak patuh SOP.
“SOP antara dua darjat perlu dihentikan.
“Rakyat tidak sepatutnya diperhambakan dengan SOP antara dua darjat yang dipraktikkan kini,” katanya.
Katanya perkata itu ketara dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini tetapi masih tidak banyak berbeza dengan era Ismail Sabri Yaakob.
Semalam, dalam acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, paling ketara berlaku kegagalan menjaga penjarakan fizikal satu meter.
Ia hampir tidak berlaku langsung terutamanya di kawasan lobi pusat konvensyen terbabit serta di tempat utama acara.
Perkara itu berlaku kurang daripada dua minggu selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan amaran mengenai ancaman Omicron, yang sudah pun dikesan masuk ke negara ini.
Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) sebagai penganjur ketika dihubungi Malaysiakini berkata mereka telah menggariskan set SOP yang ketat berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula enggan melayan pertanyaan wartawan ketika ditemui dalam acara itu.
SOP ketat Thaipusam tak logik
Sementara itu, Loh juga mempertikaikan SOP ketat untuk perayaan Thaipusam dan Chinge dengan melarang perarakan di tempat terbuka.
Katanya tidak logik kerajaan membenarkan pengumpulan ribuan orang dalam bangunan tetapi tidak membenarkan berkumpul di kawasan terbuka untuk melaksanakan tanggungjawab agama.
“Perayaan keagamaan tidak sepatutnya dilarang sewenang wenangnya tanpa mencari jalan bagi memuaskan masyarakat yang terlibat dengan peraturan peraturan yang dipersetujui bagi membolehkan aktiviti aktiviti tersebut diteruskan.
Selain itu, dia juga menekankan kesihatan mental orang ramai juga perlu diambil kira.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai