Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

5G: MOF lantik DNB tanpa bincang dengan KKMM - Zahidi

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata, pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakan teknologi 5G di Malaysia diputuskan oleh Kementerian Kewangan.

Menurutnya, pelantikan itu dibuat tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

"Apabila kita dipanggil oleh MOF untuk memberi kelulusan kepada DNB, kita tak bincang pun, tiba-tiba MOF panggil, kena beri kepada DNB.

“Bila beri spektrum kepada DNB dan DNB jual pula kepada telco (syarikat telekomunikasi), bermakna dua kali peningkatan tetapi DNB beri jaminan harganya lebih murah daripada sekarang.

“Sekarang pun bila telekomunikasi, caj kita lebih murah tetapi mereka nak bagi murah lagi. Itu jaminan DNB kepada kita. Maknanya DNB ambil spektrum, jual kepada telco tapi boleh bagi harga lagi murah.

"Ini satu benda yang cukup ajaib dan kita terima. Jadi kita terpaksa bersetuju,” kata Zahidi di Dewan Rakyat hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan Syed Ibrahim Syed Noh (Pakatan Harapan-Ledang).

Zahidi berkata KKMM telah bertemu DNB selepas itu untuk membincangkan teknologi 5G, termasuk meminta syarikat itu bekerjasama dengan Telekom Malaysia.

 "DNB tak ada apa-apa pun. Maknanya tubuh syarikat, panggil (CEO) Marshall buat 5G. Jadi kita tanya, macam mana penglibatan Bumiputera, kenapa tak boleh bekerjasama dengan Telekom," kata timbalan menteri itu.

Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada mulanya bertanya kepada Zahidi mengapa DNB diberi projek itu jika mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman atau infrastruktur.

Bagaimanapun Zahidi berkata perkara itu perlu ditanyakan kepada Kementerian Kewangan.

Zahidi berkata dia bersetuju bahawa spektrum 5G sepatutnya diberikan kepada syarikat telekomunikasi di sektor swasta untuk mempercepatkan proses pelancarannya kerana mereka sudah mempunyai infrastruktur yang disediakan.

“Tetapi MOF nak buat kerja telekomunikasi, kita biarlah dia buat dan cuba bekerjasama dengan dia.

“Tapi bila DNB kata nak buat (5G) – saya berikan alasan supaya kita adil kepada DNB – dia bagi alasan 4G yang telco buat belum siap,  jadi 5G dia nak buat.

"Jadi maknanya kita terima alasan tersebut sebab dia (DNB) nak control 5G," katanya.

[Baca berita penuh]