5,446 kes baru Covid-19
COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,446 kes baru Covid-19. Jumlah jangkitan terbaru itu menunjukkan peningkatan berbanding sebanyak 5,020 kes yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari semalam.
Ini menjadi kes kumulatif kini berjumlah 2,678,465.
Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 6.3 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.
Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan (+15.7 peratus) meningkat.
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan perincian kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (8 Disember) yang mencatatkan 5,020 kes adalah seperti berikut:
- Selangor (1,465)
- Kelantan (503)
- Pahang (413)
- Johor (407)
- Kedah (404)
- Sabah (322)
- Kuala Lumpur (316)
- Pulau Pinang (291)
- Negeri Sembilan (251)
- Terengganu (211)
- Perak (183)
- Melaka (129)
- Sarawak (55)
- Perlis (33)
- Putrajaya (25)
- Labuan (12)
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai