Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Majikan tak boleh paksa pekerja Islam jual arak - PPMM

Majikan tidak boleh memaksa pekerjanya menjual arak, kata Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Che Hassan Che Johan.

“Kalau dipaksa untuk menjual arak dan di sana dia bekerja, digajikan, maka majikan bersalah dan kita kena ambil tindakan atas majikan,” katanya kepada Malaysiakini.

Che Hassan mengulas status Facebook yang tular baru-baru ini, memaparkan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Bangi Bilal Jailani  (gambar atas) berkongsi kisah menegur juruwang Islam bertudung yang menjual arak.

Menceritakan tindakannya kali keempat itu, Bilal berhujah bahawa orang Islam tidak boleh menjual arak kerana ia kesalahan syariah di Selangor yang boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Che Hassan Che Johan

Sementara itu, Che Hassan berkata orang pekerja yang terlibat juga perlu mengambil berat berkaitan perkara itu.

“(Kalau) dia sendiri ikut perintah majikan, maknanya dia pun bersalah dan kita kena beri teguran,” katanya.

‘Kaki tular ini tak ada kerja ke?’

Che Hassan menyarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi nasihat kepada pihak terlibat.


Baca: Kisah pemuda tegur pekerja bertudung jual arak


Dalam masa yang sama, Che Hassan turut menegur sikap menularkan isu-isu sebegitu.

“Kaki-kaki tular ini, saya nak tanya mereka tiada kerja lain ke?

“Saya sebagai persatuan pengguna saya nak tanya, tidak boleh ke tular benda-benda baik sahaja?” katanya.