Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

MMA gesa k'jaan tangani lambakan graduan perubatan

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Koh Kar Chai menggesa kerajaan memperbetulkan kesilapan lalu seperti lambakan graduan perubatan.

Dia berkata hakikat bahawa terdapat 22,000 doktor dalam kontrak dengan kerajaan adalah hasil daripada dasar buruk masa lalu.

“Menteri Pendidikan Tinggi Noraini Ahmad menyebut seramai 2,967 pelajar perubatan telah menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan pada 2020.

“Menurutnya, purata 4,000 doktor baru perlu ada setiap tahun bagi mencapai nisbah sasaran 1 doktor bagi setiap 400 penduduk menjelang 2025.Dia berkata ini mengikut pelan strategik Kementerian Kesihatan 2016-2020.

“Bagaimanapun, nampaknya jumlah graduan perubatan luar negara yang pulang ke tanah air yang menyamai jumlah graduan perubatan tempatan nampaknya tidak diambil kira,” kata Koh dalam satu kenyataan.

Situasi itu, katanya, telah membawa kepada ketidakseimbangan yang tidak sihat dalam pasaran kerja dan aspirasi negara, sambil menambah bahawa isu doktor kontrak diabaikan hari ini dapat dilihat oleh semua pihak.

"Adakah kita terlupa bahawa bilangan doktor kontrak sekarang hasil daripada fakta bahawa terdapat pertumbuhan sekolah perubatan dan program perubatan selama bertahun-tahun?

“Ini ditambah pula dengan bilangan besar institusi perubatan asing yang diberi pengiktirafan menyebabkan peningkatan jumlah graduan perubatan baru yang tidak terkawal sehingga Kementerian Kesihatan tidak mampu menawarkan mereka jawatan yang mencukupi untuk latihan houseman,” tambahnya.

[Baca berita penuh]