4,896 kes baru Covid-19, R-naught kini 0.97
COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,896 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,654,474.
R-naught, atau infektiviti, telah meningkat dan berada pada 0.97 setakat 3 Dis.
Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 9.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Bagaimanapun, purata kemasukan hospital di Pahang mengalami peningkatan 10.7 peratus dalam tempoh yang sama.
Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 3) di mana 5,551 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (1,719)
Kelantan (559)
Johor (421)
Kedah (388)
Sabah (374)
Kuala Lumpur (362)
Pahang (319)
Pulau Pinang (291)
Perak (248)
Terengganu (229)
Melaka (226)
Negeri Sembilan (219)
Sarawak (106)
Perlis (49)
Putrajaya (35)
Labuan (6)
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai