Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ada 35 kesalahan dalam PRN Melaka - Bersih

Pemantauan Bersih mendapati sebanyak 35 pelanggaran terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya 1950 berlaku dalam pilihan raya negeri Melaka hujung bulan lalu.

Perkara itu dirumuskan setelah membuat pemerhatian secara atas talian dan menghantar pemerhati ke lapangan.

Bagaimanapun, oleh kerana mereka hanya membuat pemerhatian di tujuh daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri sahaja, dapatan itu mungkin tidak menggambarkan keadaan keseluruhan.

Pengerusinya Thomas Fann berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) patut mempertimbangkan semula prosedur operasi piawai (SOP), selain memastikan pengundi selamat menjalankan tanggungjawab.

“SPR patut menunjukkan sedikit kebebasan dan inovasi.

“Pandemik sudah dua tahun dan kita masih bertanya kenapa kurang inovasi,” kata Fan.

Thomas Fann

Pemerhatian di Melaka berlangsung daripada hari penamaan calon pada 8 November sehingga tarikh pengundian 20 November.

Antara lain, Bersih mendakwa terdapat pembelian undi melibatkan calon Perikatan Nasional (PN) Tai Siong Jul melalui program tukar minyak hitam kereta secara percuma.

Pada hari pengundian pula, ahli politik daripada pelbagai parti didakwa terus berkempen di media sosial, sedangkan SPR menetapkan tempoh berkempen hanya setakat 12 tengah malam.

[Baca berita asal]