Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

'Kes gangguan seksual babit pendakwah tidak ditutup'

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan masih dijalankan bagi kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Lew.

Sambil menafikan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, pihak polis mengalu-alukan bantuan orang awam untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes itu.

"Kes itu tiada maklumat tambahan setakat ini. Ia masih disiasat dan tidak pernah ditutup.

"Kita juga mohon mereka yang ada maklumat kes itu tampil bantu siasatan," katanya yang dipetik portal Berita Harian, hari ini

Pada 20 Ogos lalu, media melaporkan siasatan ke atasseorang pendakwah dilakukan berikutan aduan diterima polis daripada beberapa individu yang mendakwa dia melakukan gangguan seksual.

Sehari sebelum itu, pendakwah itu dipanggil ke Bukit Aman, bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Pendakwah itu pula mendakwa dipanggil ke Bukit Aman berhubung fitnah yang sangat melampau terhadap dirinya.