Jauteh Dikun timbalan pesuruhjaya polis baru Sabah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Jauteh Dikun dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.
Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu hari ini dengan disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.
Idris berharap Jauteh dapat melaksanakan tugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu dengan lebih amanah dan cemerlang.
“Sebelum ini Jauteh telah berjaya mengemudi JSJ Sabah dengan baik dan menyeluruh kerana ia melibatkan tadbir urus semua jabatan dalam sebuah kontinjen atau negeri.
“Saya yakin sebagai anak jati Sabah, Jauteh pastinya akan dapat melaksanakan tugas berkenaan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai