Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

5,097 kes baru, nilai kebolehjangkitan kekal bawah 1.00

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,097 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,619,577.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 3.7 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Nilai kebolehjangkitan, atau R-naught, kekal 0.99 setakat 25 Nov.

Nilai itu perlu kekal di bawah 1.00 bagi mengelakkan peningkatan jangkitan baru.

Kes baru hari ini melibatkan 4,890 warga tempatan (95.9 peratus) dan 207 warga asing (4.1 peratus).

Jumlah pesakit sembuh hari ini pula lebih tinggi berbanding kes baru, iaitu seramai 5,352 orang. Ia membantu mengurangkan jumlah kes aktif.

  • Pesakit dalam ICU: 510
  • Pesakit perlu alat bantuan pernafasan: 258

Setakat hari ini, bilangan pesakit Covid-19 (termasuk kes disyaki) dalam unit rawatan rapi (ICU) adalah 4.1 peratus lebih rendah berbanding seminggu lalu.

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga berkurang sebanyak 1.1 peratus berbanding seminggu lalu.

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 26) di mana 5,501 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,479)
  • Sabah (486)
  • Kelantan (442)
  • Johor (430)
  • Kedah (428)
  • Kuala Lumpur (400)
  • Pulau Pinang (369)
  • Pahang (358)
  • Perak (262)
  • Melaka (229)
  • Terengganu (189)
  • Negeri Sembilan (159)
  • Sarawak (144)
  • Putrajaya (69)
  • Perlis (30)
  • Labuan (27)

Terdapat peningkatan kes baru di Pulau Pinang semalam dengan mencatatkan angka tertinggi dalam tempoh 29 hari.

Di Sarawak pula, jangkitan baru dalam trend menurun menjelang PRN pada 18 Disember ini.

Kluster

Setakat ini, terdapat 234 kluster Covid-19 yang masih aktif, termasuk lapan kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Jumlah kluster aktif telah berkurang sebanyak 2.5 peratus berbanding 240 kluster pada seminggu lalu.