'Varian Omicron muncul di saat paling buruk, menjelang PRN'
Kemunculan varian Omicron Covid-19 hadir di saat yang begitu buruk, menurut seorang pakar.
Varian itu memiliki protein spike yang telah bermutasi daripada virus asal yang menjadi dasar kepada vaksin yang ada.
Felo kanan Akademi Sains Malaysia Dr Lam Sai Kit berkata, walapun masih tiada laporan berhubung varian itu di Malaysia, negara perlu kekal berwaspada kerana ia muncul di tengah banyak pergerakan orang ramai.
"Kemunculan Omicron adalah pada ketika yang begitu buruk dengan jangkaan peningkatan perjalan di peringkat global ketika musim cuti akan datang.
"Di Malaysia, kebimbangan juga terhadap kemungkinan munculnya varian ini di negara susulan PRN Sarawak bulan depan," katanya.
Katanya lagi, ia ditambah lagi dengan cadangan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, sesuatu yang dibantah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Varian Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan tetapi telah tersebar ke rantau Asia, terutama di Hong Kong.
Malaysia telah mengenakan larangan perjalanan sementara melibatkan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, and Zimbabwe. Larangan itu berkuat kuasa hari ini.
"Sebarang mutasi pada protein spike adalah membimbangkan kerana ia bertanggungjawab terhadap kemasukan virus ke dalam sel manusia dan merupakan sasaran bagi hampir semua vaksin. Maka, varian baru ini berisiko melepasi imuniti dan telah meningkatkan kebolehjangkitan.
"Setakat ini, tiada bukti yang varian ini lebih mudah berjangkit atau bahaya berbanding varian Delta, tetapi hakikat yang begitu banyak mutasi dikenal pasti berkaitan dengan protein spike membangkitkan kerisauan yang Omicron mungkin sama dari segi mudah berjangkit dan mengancam nyawa," kata Lam.
Terdahulu, Reuters melaporkan kajian awal mendapati varian Omicron lebih kuat berbanding varian lain dan meningkatkan risiko jangkitan semula. Pada masa ini, Delta merupakan varian yang dominan.
Namun laporan itu berkata beberapa minggu lagi diperlukan untuk saintis memahami sepenuhnya varian baru ini.
Lam yang juga perunding penyelidikan di Universiti Malaya, berkata Malaysia perlu meningkatkan usaha pemantauan dan penjujukan genom di sempadannya, terutama terhadap pelancong dari negara yang terkesan.
Katanya, larangan perjalanan adalah langkah yang tidak popular dan telah menjejaskan pasaran saham namun menekankan kepentingan pencegahan awal sebelum lebih banyak maklumat diperolehi.
"Apa lagi yang kita boleh lakukan untuk menghalang atau sekurang-kurangnya memperlahan penyebaran varian ini ke luar Afrika Selatan?
"Kita perlu proaktif untuk melindungi sempadan kita dan salah satu caranya adalah dengan larangan perjalanan, walau betapa tak popularnya langkah itu.
"Dalam beberapa minggu akan datang, lebih banya yang akan diketahui tentang varian Omicron dan kita boleh mengubah suai respons kita sewajarnya. Pada masa ini, Malaysia dan dunia perlu bersedia untuk senarion terburuk," katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai