Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Suri rumah mohon bantuan kos pembedahan suami

Seorang suri rumah merayu derma orang ramai bagi membolehkan suaminya C Thinesh Kumar, 39, menjalani pembedahan dan rawatan di Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC), Selangor.

Devasundari, 39 berkata suaminya C Thinesh Kumar merupakan pesakit pankreatitis kronik memerlukan bantuan RM75,000.

Devasundari berkata suaminya terpaksa menjalani pembedahan di hospital swasta yang lebih mahal kerana hospital kerajaan dan hospital separa kerajaan yang dikunjunginya tiada wad kosong susulan kes Covid-19.

"Dalam keadaan ini, saya tidak mempunyai pilihan selain melawat hospital swasta untuk merawatnya kerana dia telah menderita secara berterusan setiap hari akibat kesakitannya," katanya.

Tambahnya, suaminya menjadi sangat lemah dan berat badannya turun dengan ketara.

Pasangan itu mempunyai tiga orang anak perempuan berumur antara sembilan hingga 13 tahun yang masih bersekolah.

Devasundari membuat kerja sambilan perkhidmatan katering daripada rumah untuk menanggung keperluan harian.

Katanya, suaminya sudah tidak bekerja selama dua tahun susulan masalah kesihatan.

Orang ramai yang ingin memberikan bantuan boleh menghubungi Devasundari di talian 016-7358166.