Calon ketua menteri wanita PN taklah sehebat mana - Shahrir
Pemimpin veteran Umno menyifatkan calon ketua menteri PN bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Mas Ermieyati Samsudin tidaklah terlalu hebat apabila tewas di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Tanjong Bidara.
Bekas menteri, Shahrir Samad berkata, dia kasihan dengan nasib yang menimpa Mas Ermieyati itu.
"Turun bertanding DUN Tanjong Bidara walaupun masih pegang jawatan timbalan menteri. Dinobatkan sebagai bakal ketua menteri Melaka kalau menang di kawasan DUN Tanjung Bidara dan PN menang besar PRN Melaka.
"Dia tewas dengan perbezaan undi yang tidak melebihi 1000 (undi) pun. Ralatlah betul.
"Tapi pokoknya, BN menang semua DUN di kawasan parlimennya sendiri. Rupanya, taklah sehebat mana pun," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu Mas Ermieyati yang juga anggota Parlimen Masjid Tanah tewas kepada calon BN, Ab Rauf Yusoh pada PRN Melaka yang berlangsung semalam.
Sebagai rekod, Mas Ermieyati kini merupakan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (parlimen dan undang-undang)
Sementara itu tambah Shahrir, Mas Ermieyati bernasib baik kerana boleh meneruskan khidmatnya sebagai timbalan menteri.
"Kasihan betul Mas Ermieyati. Selepas PRU14, dia antara yang terawal melompat keluar dari Umno dan menyertai Bersatu.
"Dari segi moralnya, bagaimana?" soalnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai