Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kabinet setuju dengan permohonan Najib - Wan Junaidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan bahawa kerajaan pada dasarnya telah bersetuju untuk menganugerahkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan sebidang tanah dan rumah yang dilaporkan bernilai RM100 juta

Dia berkata keputusan itu berdasarkan alasan bahawa ia adalah hak Najib mengikut peruntukan undang-undang, tetapi masih tertakluk kepada pertimbangan lanjut.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak berterus terang apabila diasak di Dewan Rakyat dengan soalan sama ada kabinet telah membuat keputusan apabila ditanya mengenai permohonan Najib itu atau sebaliknya.

Dalam usaha membuat keputusan muktamad mengenai permohonan itu, Wan Junaidi berkata kerajaan telah memutuskan hari ini untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyemaknya.

Perlu diingat, bagaimanapun, Najib telah pun membuat keputusan untuk menarik balik permohonannya sejam sebelum Wan Junaidi mengumumkan keputusan kerajaan itu dalam satu kenyataan akhbar.

Namun penubuhan jawatankuasa itu mungkin tidak sia-sia sepenuhnya, kerana ia juga akan menyemak faedah untuk bekas perdana menteri pada masa depan.

"Peranan jawatankuasa adalah untuk menyemak cadangan garis panduan untuk memenuhi permintaan itu, termasuk kadar, syarat dan had maksimum atau kuantum, untuk penyediaan tanah dan rumah kediaman, di bawah Jadual Saraan Bekas Perdana Menteri, untuk pelaksanaan masa depan," Wan Junaidi berkata.

Pemberian tanah dan rumah kepada bekas perdana menteri adalah berdasarkan keputusan kabinet pada Mei 2003.

Keputusan itu dibuat lima bulan sebelum Dr Mahathir Mohamad menamatkan tempoh pertamanya sebagai perdana menteri.

[Baca berita penuh]