Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

68 kematian dilaporkan, jumlah korban kini 29,837

Repositori data Github Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 68 kematian akibat Covid-19 semalam (17 Nov), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 29,837.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur, dengan 904 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 17.6 peratus atau 12 orang meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Perak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 13, bersamaan 19.1 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Kes kematian selebihnya dilapor di Selangor (10), Terengganu (9), Sarawak (8), Johor (4), Kedah (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (3), Melaka (3), Negeri Sembilan (3), Pahang (3), Sabah (3) dan Pulau Pinang (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 62 daripada 68 kematian yang dilaporkan, atau 91.2 peratus, berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 61 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari terakhir, berbanding purata tujuh hari sebanyak 50, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 1,022 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 2,704 kematian Covid-19 dilaporkan pada Oktober, 9,680 pada September, 7,642 pada Ogos dan 3,858 pada Julai.

Setakat semalam, terdapat 66,793 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 6.2 peratus daripada 62,890 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 26.1 peratus daripada 90,441