Anwar terganggu dengan poster buru Rewcastle-Brown
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata dia terganggu dengan tindakan polis mengeluarkan poster orang dikehendaki melibatkan pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Katanya tindakan itu berbau pengaruh politik dan menjadi titik hitam kepada rekod kebebasan media dan kebebasan bersuara.
“Kempen terhadap Rewcastle-Brown lebih membimbangkan kerana tindakan sama tidak diambil terhadap penjenayah yang sudah sedia diketahui Jho Low,” katanya.
Katanya, seperti rakyat malaysia lain, Rewcastle-Brown memunyai maruah dan kehormatan yang sama dengan tertuduh kes-kes lain melibatkan rakyat malaysia.
Dia juga berkata Rewcastle-Brown telah memberikan khidmat yang hebat kepada rakyat Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan kesedaran dan mendedahkan salah laku dan salah guna kuasa.
Perkara itu, kata Anwar, dilakukan dengan membangkitkan isu-isu rasuah, keperitan hidup orang asal dan pemusnahan alam melalui pembalakan dan industri.
“Wartawan, pendedah maklumat dan aktivis tidak harus dicap sebagai penjenayah tanpa perbicaraan yang adil, terutamanya apabila mereka berjuang untuk keadilan yang kita semua juga mahukan di Malaysia hari ini,” katanya.
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Rewcastle-Brown kerana tidak hadir ke mahkamah dalam kes saman fitnah melibatkan Sultanah Terengganu susulan tulisannya dalam buku The Sarawak Report - The inside story of 1MDB (Sarawak Report: Kisah dalaman 1MDB)
Warganegara British yang menetap di UK itu berkata dia tidak menyesal mendedahkan skandal 1MDB, yang menjadi antara sebab jatuhnya perdana menteri Najib Razak.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai