Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pemimpin DAP dakwa kerajaan tak telus salur cukai cabutan khas judi

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mempersoalkan ketelusan penyaluran cukai hasil cabutan khas nombor ramalan daripada tahun 2019 hingga 2021.

Perkara itu dibangkitkan setelah kerajaan menjelaskan kepada parlimen bahawa hasil itu akan dimasukkan dalam akaun amanah sumber khas Kementerian Kewangan.

"Cukai tersebut disalurkan kepada akaun sumber khas MOF namun tidak ada ketelusan bagaimana wang tersebut digunakan," soalnya setiausaha organisasi DAP itu di Facebook, hari ini.

Anthony Loke 

Semalam, Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di parlimen memaklumkan bahawa sejumlah RM36.88 juta diperoleh hasil kutipan cukai cabutan khas nombor ramalan hingga September tahun ini.

Kementerian itu memaklumkan kutipan cukai bagi tahun 2020 ialah RM72.53 juta berbanding RM113.29 juta pada tahun 2019.

“Hasil yang diperoleh daripada cabutan khas ini seterusnya akan disalurkan kepada akaun amanah sumber khas Kementerian Kewangan,” menurut kementerian.