Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Surat tunjuk sebab pada 28,800 penjawat awam enggan divaksin

Kerajaan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kira-kira 28,800 penjawat awam yang tidak lengkap vaksinasi Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Dr Abdul Latiff Ahmad mendedahkan angka itu dalam Dewan Rakyat hari ini susulan keluarnya pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam supaya pekerja kerajaan mendapatkan vaksin sebelum 1 November.

“Mereka yang masih enggan atau belum lagi divaksin adalah dalam lingkungan 1.8 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam.

“Ini hari 10 hari bulan, 10 hari selepas dikuatkuasakan, tindakan disiplin masih belum lagi diambil tindakan,” katanya dalam sesi soal jawab hari ini.

Gambar hiasan

Katanya, penjawat awam terlibat perlu menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh 21 hari.

Mereka akan dirujuk kepada jawatankuasa siasatan dalaman dan jawatankuasa disiplin jika jawapan dberikan tidak memuaskan, kata Abdul Latiff kepada Chan Foong Hin (Harapan-Kota Kinabalu).

Latiff berkata, tindakan yang boleh diambil, antaranya memberikan amaran, tidak menaikkan pangkat dan menahan bayaran gaji.

[Baca berita asal]