Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

4,543 kes baru Covid-19

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,543 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,510,852.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu juga menurun sebanyak 9.5 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Negeri Sembilan (+17.2 peratus) dan Terengganu (+11.9 peratus).

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (7 November) yang menyaksikan 4,343 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (981)
  • Sarawak (460)
  • Sabah (405)
  • Johor (381)
  • Kelantan (376)
  • Kedah (325)
  • Pulau Pinang (245)
  • Kuala Lumpur (228)
  • Pahang (220)
  • Perak (186)
  • Terengganu (186)
  • Melaka (152)
  • Negeri Sembilan (148)
  • Perlis (19)
  • Putrajaya (17)
  • Labuan (14)

 [Berita lanjut menyusul]