Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

35 lagi kematian, jumlah korban kini 29,291 orang

Repositori data Github Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 35 kematian akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian 29,291.

Ini merupakan angka kematian dilaporkan yang terendah dalam tempoh 177 hari. Bagaimanapun, Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 889 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, lima pesakit meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Johor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu enam orang.

Kes kematian selebihnya dilaporkan di Sarawak (6), Perak (5), Terengganu (5), Kelantan (4), Pahang (4), Pulau Pinang (2), Sabah (2) dan Negeri Sembilan (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 34 daripada 35 kematian yang dilaporkan berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 70 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak 54, menunjukkan trend yang menurun.

Setakat semalam, terdapat 64,623 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 4.9 peratus daripada 67,969 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 48.7 peratus daripada 125,999

Jangkitan berkaitan kluster

Kemas kini selepas tengah malam Kementerian Kesihatan juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 4,343 kes baru semalam, sebanyak 90 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 90 (72.6 peratus) adalah dari tempat kerja manakala 29 (23.4 peratus) adalah daripada penularan komuniti.

Lima lagi (4 peratus) adalah daripada kluster yang berkaitan dengan institusi pendidikan.