Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

BN umum calon PRN Melaka Sabtu ini

BN akan mengumumkan calon yang bertanding bagi PRN Melaka secara maya pada 10 pagi, Sabtu ini.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menerusi catatan di Facebook berkata pengumuman calon itu akan dibuat menerusi Facebook Umno Online.

"Pengumuman nama calon #BN live di FB #Umno Online.

"Sabtu 6 Nov 2021, jam 10 pagi. Terima kasih memberi sokongan dan mengikuti," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Adun menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

-Bernama