Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

5,726 kes baru Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 5,726 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, dengan kes terkumpul kini mencecah 2,444,224.

Jumlah kes baru kian menurun sejak akhir Ogos.

Setakat semalam, nilai R-naught negara adalah 0.86. Nilai rendah daripada 1.00 menandakan penularan yang kian berkurang.

Semua negeri dan wilayah persekutuan juga mencatatkan nilai rendah daripada 1.00.

Terdapat 598 pesakit Covid-19 (kes sah dan disyaki) yang memerlukan rawatan di ICU, dengan 308 orang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bilangan pesakit yang dirawat di ICU juga berkurang di seluruh negara, kecuali di Sarawak.

Jumlah kemasukan di hospital sejak tujuh hari lalu juga berkurang 19 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan kemasukan pesakit di Terengganu (+37 peratus) dan Pulau Pinang (+27 peratus).

Penggunaan katil hospital untuk pesakit Covid-19 juga menurun di seluruh negara sejak sebulan lalu, kecuali di Sarawak dengan kadar penggunaan yang hampir sama.

Sejak Okt 9, KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Untuk maklumat berkenaan kes kematian yang dilaporkan semalam, klik di sini.