Dewan Rakyat lulus tujuh ordinan darurat diungkai
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pengungkaian tujuh Ordinan Darurat yang dikuatkuasakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Ia diluluskan sebulat suara dengan Timbalan Speaker, Mohd Rashid Hasnon mengumumkan lebih suara ahli parlimen bersetuju terhadap usul pengungkaian berkenaan.
Undang-undang itu yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini, pertama kali diisytiharkan pada Januari dan berakhir pada Ogos tahun ini.
Usul itu sebelum ini ditangguhkan sejak Julai lalu susulan percanggahan pendapat Putrajaya dan Istana Negara mengenai cara memengungkai undang-undang itu.
Pada Julai, Yang di-Pertuan Agong menolak supaya undang-undang berkenaan dibatalkan tetapi sebaliknya mahu perkara itu melalui perbahasan di Parlimen.
Perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, yang majoritinya di Dewan Rakyat tidak menentu, bertegas menolak sebarang pengundian dijalankan.
Dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos.
Penggantinya Ismail Sabri Yaakob sekarang ini mematuhi titah Seri Paduka agar pembatalan ordinan darurat itu dibahaskan.
Perbahasan menyaksikan 20 ahli parlimen daripada pihak kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam mengungkai ordinan itu. Ia selesai hari ini, dengan ucapan penggulungan menteri bermula sekitar jam 4.15 petang dan berakhir sekitar jam 5.15 petang.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai