Cuepacs terkilan tindakan exco Selangor terhadap kakitangan JPS
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning V Ganabatirau yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) baru-baru ini dianggap sangat keterlaluan, seolah-olah merendahkan penjawat awam yang sedang bertugas, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat.
Beliau berkata pihaknya terkilan dengan tindakan Adun itu yang disifatkan tidak profesional dalam tugasnya, apatah lagi video yang tular itu dimuat naik sendiri oleh beliau tanpa diketahui niat atau tujuan sebenar, manakala penjawat awam yang terbabit dalam kejadian itu dilihat tidak diberi peluang membuat apa-apa penjelasan.
Justeru katanya Cuepacs mendesak Ganabatirau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam terutama kakitangan JPS yang terlibat.
"Cuepacs juga mahu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari masuk campur dalam perkara ini supaya kejadian sama tidak berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan menegaskan adalah tidak wajar anggota pentadbiran kerajaan negeri bertindak menyerang penjawat awam.
Sabtu lepas Ganabatirau memuat naik sebuah video di Facebooknya memaparkan beliau meninjau dan memantau isu banjir di Taman Sri Muda dekat Shah Alam dan tidak berpuas hati dengan alasan diberikan oleh JPS.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai