Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

96 kematian dilaporkan, jumlah korban kini 28,234

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 96 kematian akibat Covid-19 semalam (21 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah seramai 28,234 orang

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 21 orang atau bersamaan 21.9 peratus meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Malaysia adalah negara dengan prestasi terburuk di Asia dalam jumlah kematian Covid-19 per kapita.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi sebanyak 21 orang, atau 21.9 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan.

Ini diikuti dengan Sabah (16), Perak (14), Kelantan (13), Selangor (12), Johor (8), Pulau Pinang (6), Pahang (2), Terengganu (2), Kedah (1) dan Perlis (1)

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 74 daripada 96 kematian yang dilaporkan, atau 77.1 peratus, berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 139 kematian kes Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 79 kes dalam masa tujuh hari - menandakan aliran menurun.

Sehingga kini, 2,206 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 9,680 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Setakat semalam, terdapat 89,337 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 12.1 peratus daripada 101,587 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 56.7 peratus daripada 206,474 kes.

Jangkitan berkaitan kluster

Daripada 6,210 kes baru semalam, sejumlah 303 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 yang ada sekarang, menurut Kementerian Kementerian lewat malam tadi.

Daripada kes berkaitan kluster, 193 (63.7 peratus) adalah kluster tempat kerja manakala 66 (21.8 peratus) adalah kluster komuniti.

Seramai 19 pesakit lagi (6.3 peratus) adalah dari kluster kumpulan berisiko tinggi, seperti rumah orang tua.

Kes-kes selebihnya dikesan daripada kluster yang berkaitan dengan institusi pendidikan (19 - 6.3 peratus) dan acara keagamaan (6 - 2.0 peratus).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada sebelah petang.

Bagaimanapun statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci.

Malaysiakini melaporkannya pada sebelah pagi keesokannya.