DAP takkan terima jika Norhizam dicalonkan sekali lagi
DAP tidak akan menerima jika Norhizam Hassan Baktee dinamakan semula sebagai calon untuk Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan hujung bulan depan.
"Saya nak tegaskan bahawa DAP tolak sama sekali YB Pengkalan Batu (Norhizam) sebagai calon dalam PRN ini. Itu sahaja," katanya pada sidang media yang diadakan di Melaka hari ini.
Lim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan berkenaan, termasuk kemungkinan jika bekas exco bagi kerajaan PH dan BN-Perikatan Nasional (PN) itu bertanding menggunakan tiket parti lain dalam pembangkang.
Kata Lim dia menegaskan hal itu agar tiada sebarang kekeliruan atau pertanyaan ditimbulkan lagi selepas ini.
"Ini dijadikan sebagai satu keputusan tegas, kita tak terima dia sebgai calon dalam pilihan raya ini," katanya.
Norhizam pada PRU ke-14 lalu dicalonkan oleh DAP untuk mewakili PH dan memenangi kerusinya itu sebelum dilantik menjadi salah seorang exco kerajaan negeri.
Bagaimanapun dia berpaling tadah dengan meninggalkan PH dan menjadi penyokong BN-Perikatan Nasional sehingga gabungan itu kemudian membentuk kerajaan baru.
Baru-baru ini dia bersama tiga Adun lain - termasuk bekas ketua menter Idris Haron - menarik semula sokongan yang diberi kepada kerajaan sehingga menyebabkan Sulaiman Md Ali kehilangan majoriti dan membawa kepada terbubarnya DUN Melaka.
Keempat-empat Adun terbabit dilaporkan diberi sambutan sebagai wira dalam satu majlis anjuran PH malam tadi sehingga mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin DAP serta PKR.
Sementara itu Lim berkata PH akan menggunakan lambang gabungan berkenaan bagi menghadapi PRN Melaka.
"Kami akan bertanding dalam pilihan raya ini sebagai satu pasukan dalam PH. Oleh kerana kami bertanding dalam satu pasukan, sudah tentu kami bertanding di bawah khemah besar PH dengan logo PH," katanya.
DAP juga, menurut Lim, mahu agar Pengerusi PH Melaka Adly Zahari menjadi calon ketua menteri bagi pakatan berkenaan berdasarkan pencapaiannya semasa menerajui kerajaan negeri antara 2018 hingga 2020.
"Saya harap tak ada apa-apa kesangsian tentang perkara ini, bahawa DAP dengan semua parti komponennya memang sokong Adly sebagai ketua menteri," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai