Md Nor lepas jawatan pengerusi Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Tan Sri Md Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuat kuasa hari ini.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang menjawat jawatan itu, Md Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam kelima.
Menurut TH, jumlah deposit pada 30 Jun lepas ialah RM81.14 bilion, iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun yang lalu, sekali gus mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi daripada pendeposit.
“Para anggota lembaga, pengurusan kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau (Md Nor) yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH,” menurut kenyataan itu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai