PH: Kerajaan ‘curi kredit’ dalam inisiatif untuk B50
Pakatan Harapan (PH) menyelar tindakan kerajaan yang didakwa mereka menggambarkan idea inisiatif untuk kumpulan berpendapatan 50 peratus terendah (B50) sebagai idea mereka.
PH sebaliknya berkata ia diperjuangkan oleh mereka, termasuk melalui memorandum persefahaman (MOU) antara dengan kerajaan sebelum ini.
"Kami kesal perdana menteri tidak mengiktiraf bahawa dasar ini adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam MOU yang ditandatangani oleh beliau sendiri.
"Malah, pengecualian ini digambarkan sebagai idea kerajaan, walhal dia adalah pendirian konsisten PH yang dilaksanakan dalam semangat menunaikan perkara-perkara yang terkandung dalam MOU," kata kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh PKR (Anwar Ibrahim), Amanah (Mohamad Sabu), DAP (Lim Guan Eng) dan Upko (Wilfred Madius Tangau).
Malam tadi, Ismail Sabri melancarkan Program Pengurusan Kewangan dan Ketahanan (Urus) - yang akan memberi isi rumah berpendapatan kurang dari RM5,880 sebulan untuk mendapatkan pengecualian selama tiga bulan atas faedah pinjaman, serta pengurangan pembayaran sehingga 24 bulan.
Tidak dinyatakan secara khusus apakah program ini hanya berlaku untuk pinjaman di bawah moratorium, atau semua pinjaman.
Berdasarkan syarat moratorium pinjaman semasa, faedah masih dikenakan untuk pembayaran tertunda, walaupun tidak ada bayaran lewat atau faedah penggabungan.
Ia sekaligus akan mengakibatkan tempoh pembayaran yang dilanjutkan, atau pembayaran bulanan yang lebih tinggi.
MOU Putrajaya-PH menyatakan bahawa peminjam B50 mesti diberi pengecualian faedah moratorium selama tiga bulan.
Dalam kenyataan mereka hari ini, PH mengatakan bahawa kerajaan pada awalnya tidak bersetuju dengan pengecualian tersebut.
Bagaimanapun, PH kemudian bertemu dengan kerjaan dan juga ketua eksekutif bank perdagangan bagi menyelesaikan perkara itu.
"Walaupun pada mulanya ada kebimbangan di pihak bank- bank, namun setelah sesi libat urus ini berjalan dan pandangan pemimpin PH disampaikan dengan jelas, perdana menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan ini dasar ini akhirnya dilaksanakan.
"Pelaksanaan Artikel 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat," kata mereka.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai