PM, Umno calonkan Ramli bagi timbalan speaker
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mencalonkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.
Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan hari ini, yang menambah bahawa tindakan itu juga mendapat sokongan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.
“Ini suatu sejarah sebagai orang Asli yang pertama dicalonkan.
“Hari ini hari akhir untuk cadangan nama, sebelum sidang Parlimen 25 Oktober (mesyuarat kedua)," kata Ahmad dalam ciapan di Twitter.
Mengikut Aturan Mesyuarat, sesuatu usul mesti diajukan 14 hari sebelum dibentangkan.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukan dua jawatan timbalan speaker dan terdapat satu kekosongan sejak akhir Ogos lalu.
Ahmad Maslan sebelum ini adalah antara calonya tetapi setiausaha agung Umno itu kemudiannya mengumumkan bahawa telah menarik diri.
Katanya, langkah itu diambil bagi menumpukan perhatian kepada tugas partinya.
Ramli, 63, adalah pendatang baru dalam dunia politik. Dia memenangi kerusi Cameron Highlands pada Januari 2019 semasa pilihan raya kecil.
Sebelum menceburi bidang politik, dia adalah pegawai polis yang bersara dengan jawatan penolong pesuruhjaya.
Dia kini adalah pengerusi lembaga Amanah Raya Berhad.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai