Anggota tentera disyaki cabul wanita ditahan polis
Polis telah menahan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah premis vape di Taman Keramat di Kuala Lumpur, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata individu berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Setiawangsa di Kuala Lumpur pada 12.30 tengah malam tadi.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen di sini dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun.
"Ujian saringan turut dibuat dan mendapati suspek negatif dadah manakala uniform suspek dipercayai dipakai semasa kejadian turut dirampas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Farouk berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihaknya ke atas suspek yang direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai