Jalan berlubang telefon Shahidan, 019-454 5111
PARLIMEN | Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim hari ini berkongsi nombor telefonnya yang sebenar untuk penduduk Kuala Lumpur supaya dapat memberi amaran kepadanya mengenai jalan berlubang.
Shahidan juga berkongsi nombor telefon Timbalannya Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah.
Nombor telefon yang telah disahkan oleh Malaysiakini itu adalah seperti berikut:
- Shahidan: 0194545111
- Jalaluddin: 0196524444
- Mahadi: 0162068883
Shahidan menyebut nombor telefon berkenaan di Dewan Rakyat hari ini ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 bagi kementeriannya.
Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah bersetuju untuk bertindak atas sebarang aduan kerosakan jalan raya di ibu negara dalam masa 24 jam.
"Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa datang berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam," katanya.
[Berita penuh menyusul]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai