Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Polis umum pertukaran dua pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dua pegawai kanannya yang berkuat kuasa 8 Nov depan.
Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A Skandaguru berkata pertukaran itu melibatkan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman DCP Mohd Yusoff Mamat dan Timbalan Komander PPM (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan) KDNKA Bukit Aman ACP Zulafendy Hassan.
Beliau berkata Mohd Yusoff akan menyandang jawatan sebagai Ketua Staf Operasi Markas National Task Force (NTF) PPM PDRM.
"Zulafendy akan memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi Bahagian Operasi (J3), Markas NTF, PPM, PDRM," katanya dalam kenyataan malam ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai