Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

SPR akan adakan mesyuarat khas bincang pilihan raya Melaka

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Ab Rauf Yusoh berhubung pembubaran DUN Melaka, maklum Setiausahanya Ikmalrudin Ishak.

"Berdasarkan Fasal (4) berkehendakkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pembubaran DUN.

"Justeru itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ab Rauf berkata SPR boleh mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diguna pakai dalam pilihan raya negeri.

Pembubaran DUN Melaka telah mendapat persetujuan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam.

Kemelut politik di Melaka susulan empat Adun mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri.

Empat Adun itu ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Dua lagi Adun dikatakan akan menyertai mereka.