Tak perlu permit polis rentas daerah S'wak mulai esok
Permit polis bagi pergerakan rentas daerah di Sarawak tidak diperlukan berkuat kuasa esok (6 Okt), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini.
Bagaimanapun, JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan permit polis untuk pergerakan rentas negeri masih diperlukan.
“Aktiviti kunjung-mengunjung adalah tidak digalakkan dan orang ramai perlu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi, kerana kita sekarang masih dalam fasa memerangi Covid-19,” menurut kenyataan itu.
Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan keluar dari rumah buat masa ini dan sekiranya perlu, mereka harus ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi dan wajib mematuhi protokol-protokol kesihatan yang ditetapkan.
Sementara itu, hanya 21 daripada 1,361 kes positif Covid-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru, yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.
Baki 1,340 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kepada 218,126.
Selain itu, Sarawak hari ini melaporkan 16 kes kematian yang direkodkan dari 24 Sept hingga 4 Okt.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai