Solat jemaah di masjid, surau WP dibenar kapasiti penuh esok
Kehadiran jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan lain-lain di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter (m) berkuat kuasa esok.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baru itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Beliau berkata semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan antaranya seperti kuliah maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, tadarus al-Quran, bacaan Yasin dan doa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.
"Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai