Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

'Mana lagi 38,060 komputer riba dijanjikan pada pelajar'

Bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching sekali lagi mengkritik kelewatan kerajaan mengedarkan komputer riba kepada pelajar daripada golongan B40 untuk proses pembelajaran dalam talian mereka.

Menyifatkan perkara itu "sangat memalukan", Teo berkata adalah ironi apabila kerajaan mengumumkan sekolah akan dibuka semula secara berperingkat pada Oktober, yang akan bermula lima hari lagi.

Ahli Parlimen Kulai itu turut mengkritik janji kerajaan untuk memberikan 150,000 komputer riba kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah pada akhir September tahun ini.

“Pada 18 September 2021, Menteri Pendidikan mendedahkan bahawa hanya 111,040 komputer riba yang telah diedarkan setakat ini, menyebabkan 38,060 unit komputer riba yang dijanjikan belum dapat dihantar.

"Boleh diandaikan lebih daripada 38,060 pelajar terjejas oleh kelewatan yang sangat memalukan ini kerana satu komputer riba boleh memberi manfaat kepada lebih daripada seorang pelajar bagi setiap isi rumah," kata Teo dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada 38,060 komputer riba yang belum diserahkan, Menteri Pendidikan Radzi Jidin dalam jawapan di parlimen baru-baru ini berkata 15,419 daripadanya adalah dari Yayasan Hasanah.

Ia belum diedarkan kepada pelajar. Radzi tidak menyatakan tarikh penyerahan berkenaan dan hanya menyatakan ia akan diedarkan "tidak lama lagi".

Radzi juga mengatakan kementeriannya belum menerima baki 23,541 komputer riba dari Yayasan Hasanah.

Banyak lagi komputer riba diperlukan

Kerajaan dalam pengumumannya mengenai pembukaan semula sekolah mengatakan sistem penggiliran akan dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah pelajar yang bersekolah secara fizikal pada masa yang sama.

Teo berkata ramai pelajar masih memerlukan peralatan yang sesuai ketika  berada di rumah untuk mengikuti kelas dalam talian.

Dia juga mengulangi kritikan terhadap kerajaan kebergantungan kerajaan kepada GLC untuk melaksanakan program tersebut.

Kerajaan pada masa ini bergantung kepada Yayasan Hasanah, entiti kembar Khazanah Nasional Bhd untuk menyediakan komputer riba, tablet dan sambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di bawah inisiatif Cerdik.

[Baca berita penuh]