Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

14,554 kes baru, nilai kebolehjangkitan terendah setakat bulan ini

Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 14,554 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Setakat semalam, nilai R-naught untuk seluruh negara menurun kepada 0.90 - terendah setakat ini untuk bulan ini.

Nilai bawah 1.00 menandakan penularan wabak yang kian berkurang.

Negeri dengan nilai kebolehjangkitan (R-naught) lebih 1.00 hanya Perlis dan Pahang.

Jumlah kes aktif dan kematian hanya akan dilaporkan pada tengah malam. Klik di sini untuk statistik semalam.

  • Kes sembuh: 16,751
  • Pesakit dalam ICU: 1,049
  • Pesakit perlu alat bantuan pernafasan: 599

Daripada 14,554 kes baru hari ini, sebanyak 98.9 peratus (14,391 kes) adalah dalam kategori 1 dan 2 - iaitu tanpa gejala dan gejala ringan.

Manakala baki 163 kes (1.1 peratus) adalah kes kategori 3, 4 dan 5.

 Berikut pecahan kes baru mengikut negeri serta kumulatif:

  • Sarawak - 2,825 (193,434)
  • Selangor - 2,244 (668,251)
  • Johor - 1,807 (187,938)
  • Sabah - 1,273 (192,224)
  • Pulau Pinang - 1,231 (124,880)
  • Perak - 1,144 (96,832)
  • Kelantan - 910 (108,504)
  • Kedah - 908 (130,242)
  • Terengganu - 690 (51,542)
  • Pahang - 598 (60,558)
  • Melaka - 401 (56,426)
  • WPKL - 271 (184,522)
  • Negeri Sembilan - 157 (96,385)
  • Perlis - 65 (3,549)
  • Putrajaya - 30 (6,000)
  • Labuan - 0 (9,945)