Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Artikel Malaysiakini mengenai p’raya Sabah menang dua anugerah

Artikel Malaysiakini mengenai pilihan raya Sabah 2020 memenangi dua anugerah wilayah hari ini.

Malaysiakini memenangi anugerah Laporan Rencana Terbaik dan Kewartawanan Data Terbaik pada Anugerah Pelaporan Cemerlang Asia Tenggara (Excel) bagi tahun 2021.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Media Nusantara (PPMN) dan menarik penyertaan dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Myanmar.

Bagi Laporan Rencana Terbaik, laporan Ng Xiang Yi dari Malaysiakini mengenai sebuah kampung di Keningau yang ditawarkan sebatang jalan bertar sebagi ganti dengan undi mereka menarik minat para hakim.

Penduduk kampung Kampung Tonobon Baru telah menaikan papan tanda yang bertuliskan "ada aspal ada undi" - dalam usaha menukar jalan tanah dan batu kerikil sepanjang enam kilometer menuju ke kampung mereka .

Sementara itu, Panduan Kini bertajuk The Who's Who semasa pilihan raya Sabah memenangi anugerah Kewartawanan Data Terbaik.

Ia memberi pembaca gambaran mendalam mengenai politik Sabah, dan kerusi yang dipertandingkan serta tokoh utama yang terlibat dalam pilihan raya negeri itu.

Anugerah Excel 2021 itu dinilai oleh panel lima wartawan veteran dan pakar media, iaitu Kuek Ser Kuang Keng (Malaysia), Tess Bacalla (Filipina), Pravit Rojanaphiruk (Thailand), Hermien Y Kleden (Indonesia), dan Cherian George ( Singapura).

Kuek Ser adalah bekas wartawan Malaysiakini.