Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

13,754 kes baru, rekod tertinggi di Perlis

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 13,754 lagi kes baru Covid-19 hari ini.

Perlis - yang merupakan negeri dengan kadar penggunaan katil ICU tertinggi - mencatatkan rekod kes baru tertinggi dengan 113 kes.

Ini kali ketiga jumlah kes di negeri terkecil di Malaysia itu mencecah tiga angka.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (1,985)
  • Johor (1,913)
  • Sarawak (1,766)
  • Sabah (1,629)
  • Kelantan (1,264)
  • Pulau Pinang (1,052)
  • Pahang (869)
  • Perak (844)
  • Kedah (783)
  • Terengganu (664)
  • Kuala Lumpur (383)
  • Melaka (292)
  • Negeri Sembilan (175)
  • Perlis (113)
  • Putrajaya (14)
  • Labuan (8)

 Kadar R-naught bagi seluruh negara setakat semalam adalah 0.92. Ini merupakan hari ke-22 kadar tersebut kurang daripada 1.00.

Ia menunjukkan penularan yang kian berkurang. Klik di sini untuk statistik semalam.

Bagaimanapun, terdapat enam negeri dengan kadar R-naught 1.00 atau lebih, iaitu Pahang (1.03), Perak (1.02), Terengganu (1.01), Perlis (1.01), Sarawak (1.00) dan Kelantan (1.00).

Bilangan kes aktif dan kadar kematian hanya akan dimaklumkan pada tengah malam.

  • Pesakit dalam ICU: 1,107 [868 kes sah, 239 kes disyaki]
  • Pesakit perlu alat bantuan pernafasan: 613 [387 kes sah, 226 kes disyaki]