Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

N Sembilan, Pahang, Johor masuk Fasa PPN seterusnya Jumaat ini

Tiga negeri akan beralih ke fasa Pelan Pemulihan Nenaga (PPN) berikutnya pada hari Jumaat apabila keadaan Covid-19 di sana bertambah baik.

Negeri-negeri itu ialah Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko terkini yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Peralihan fasa itu, jelas perdana menteri sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan di bawah PPN dengan mempertimbangkan kadar kemasukan ke hospital untuk kes bergejala, kadar penggunaan ICU dan tahap vaksinasi.

Pada Jumaat, Negeri Sembilan akan beralih dari Fasa 3 PPN ke Fasa 4, menjadi kawasan kedua yang mencapai fasa akhir PPN setelah Labuan.

Sementara itu, Pahang akan beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3, manakala Johor akan beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2.

Prosedur operasi standard Covid-19 di negeri-negeri ini akan sama dengan SOP Tahap 2, 3, dan 4 di negeri dan wilayah lain, kata Ismail Sabri.

Senarai negeri dan wilayah mengikut status Fasa PPN:

  • Fasa 1: Kedah dan Johor (sampai Jumaat).
  • Fasa 2: Kelantan, Pahang (sampai Jumaat), Perak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.
  • Fasa 3: Perlis, Sarawak, Negeri Sembilan (sampai Jumaat) dan Terengganu.
  • Fasa 4: Labuan.

SOP untuk setiap fasa boleh didapati di laman web MKN.